“Hanya orang-orang yang bertaqwa yang paling mulia di sisi Allah SWT.”.
Oleh yang demikian jangan sesekali kita bermegah dan begitu bangga dengan titih atau keturunan kita. Segala titih dan keturunan itu akan lebih bererti dan mulia jika diiringi dengan amal soleh. Perilaku kita,adab kita, akhlak kita semuanya menjurus kepada sifat mulia. Jika demikian maka keturunan atau titih jurai keturunan kita amat berharga. Namun belum boleh untuk kita berbangga-bangga. Jangan riak dengan keturunan.
Ada sesetengah orang begitu megah dan bangga kerana berketurunan Syed, Syeikh, Tengku atau Raja,Nik, Wan dan seumpamanya.Ada yang berbangga dengan keturunan pangeran, ada yang berbangga dengan asal keturuan para wali.Ingat!!!..IMAN itu tidak boleh diwarisi.Belum tentu keturunan comel,maka keturunan berikutnya comel juga.Belum tentu keturunan SYED atau SYEIKH itu dari keturunan molek-molek.Abu Jahal dan Abu Lahab juga ahli keluarga Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Ikutilah sunnah Junjungan.Baginda seorang pemimpin yang terlalu sempurna untuk diikuti dan dicontohi.Baginda tidak pernah angkuh dan sombong dengan martabat dan tarafnya di sisi Allah.Apakah ada antara kita yang boleh menandingi Baginda baik keturunan dan amal ibadah?.Tidak ada. Baginda adalah semullia-mulia manusia, di dunia dan akhirat namun Baginda tetap merendah diri.Tetap malu dan segan dengan Allah.Selepas baginda maka bermulalah gelaran Syed dan Syeikh ini.
Mengapa ingin meninggi diri dan meletakkan keturunan kita itu lebih mulia dari keturunan orang lain?. Apa untung? Sedangkan riak dan bangga itu sifat yang terlarang. Bukan kita yang perlu memuji keturunan kita, bukan kita yang berhak mengatakan keturunana kita hebat walapun benar kita dari keturunan yang hebat-hebat. Biar masyarakat yang angkat kita. Itu lebih mulia. Itu lebih berharga.Dan semakin orang memuji ,kita pula perlu makin merendah diri. Itu yang sepatutnya. Itu baru contoh dari keturunan yang mulia.
Baginda Rasul juga tidak menyukai orang yang berbangga-bangga dengan keturunan. Kalau Nabi pun menegur buat apa kita ingin sangat menunjukkan kita ini dari keturunan yang hebat-hebat. Sepatutnya dengan keturunan yang mulia itu kita perlu bersederhana dan bersifat mulia dalam tingkahlaku kita, amal ibadah kita. Bukannya angkuh dan sombong dengan keturunan.Ingat keturunan Syed @ Syeikh itu belum tentu dari jurai Nabi, mungkin dari jurai Abu Lahab atau Abu Jahal. Fikir-fikirkanlah

http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/11/25/jangan-bermegah-dengan-keturunan/
No comments:
Post a Comment