Ada beberapa faktor yang biasanya terjadi di kalangan waris-waris terdekat yang menjadi punca putusnya silaturahim ;
1. PEMBAHAGIAN PUSAKA SELEPAS KEMATIAN IBU BAPA.
Banyak peristiwa berlakunya pergaduhan di kalangan adik beradik dalam satu keluarga kerana harta pesaka Ibu atau Ayah yg tidak mengikut Hukum Faraid. Apabila harta pesaka tidak di faraidkan dengan betul mengikut hukum shara' maka timbulah rasa tidak puas hati satu pihak dgn. pihak yg lain menyebabkan perkelahiyan antara beradik yang membawa kpd. putusnya silaturahim.
2. PERBEZAAN ANTARA KEDUDUKAN EKONOMI DAN SOSIAL
Sekiranya ada perbezaan antara pencapaiaan seorang itu dalam bidang pekerjaan maka timbullah masalah perbezaan pendapatan di antara seorang adik beradik di antara yang lain. Contohnya jika seorang itu menjadi Pegawai Kerajaan Division Satu dan seorang itu kerani biasa sahaja, ini menimbulkan perbezaan gaya hidup dan cara pergaulan mereka.
3. PERBEZAAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN SERTA AKEDAMIK YG BERLAINAN.
Di kalangan keluarga ada adik beradik yang mempunyai berbezaan dari segi kejayaan mereka dalam bidang pelajaran dan pencapaian akademik. Contohnya ada di kalangan adik beradik yg. mendapat kecermelangan dalam bidang pelajaran hingga masuk ke IPT dan sebaliknya ada adik beradik hanya setakat lulus SPM sahaja dan tidak dapat masuk Kolej atau mana-mana IPT. Ini juga salah satu sebab adanya perbezaan antara mereka kerana status pencapaian akademik yang belainan.
4. SISTEM PERSEKOLAHAN YANG BERBEZA
Sudah tentu kedua-dua adik beradik yang belajar di sekolah agama dengan sekolah akademik mempunyai pendidikan yg berbeza menyebabkan budi pekerti dan cara bergaul akan menjadi tidak sama.
5. LAYANAN IBU BAPA TERHADAP ANAK ANAK YG. BERBEZA
Ada juga sesetengan Ibu Bapa mempunyai sikap yang berbeza terhadap anak-anak merka mengikut tahap pendidikan dan mencapaiyan kerjaya yang berlainan. Ini juga menyebabkan perselisihan faham di antara adik beradik kerana perbezaan pencapaian kerjaya itu. Mungkin Ibu bapa memberi layanan yg. lebih kpd. mereka yang pencapaian kerjaya yg tinggi dpd. anak-anak yang lain.
Selain dpd. di atas sudah tentu ada beberapa sebab yang lain termasuklah seorang menantu terdiri dpd. orang ternama dan berpangkat serta keturunan Tunku atau Syed atau Sharifah yang juga menyebabkan layanan yg. berbeza di antara anak beranak dalam satu keluarga itu.
Walau bagaimana pun dari kaca mata Islam perkara semacam ini tidak seharusnya berlaku dalam satu keluarga kerana kelebihan seseorang itu di sisi Allah Taala adalah ketaqwaannya dan keimanannya, bukannya kedudukan sosial, ekonomi atau kerabatnya.
Perkara ini juga berlaku kepada saudara mara yang jauh sedikit saperti sepupu dan dua pupu dan seterusnya. Bagi mengatasi masalah ini kita usahakan mencari jalan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan berkunjung di antara satu dgn.lain lebih kerap lagi bukan sahaja ketika menyambut Hari Raya dua tahun sekali sahaja.
Satu usaha kita yg. sedang di laksanakan ialah menubuhkan Badan Waris Pengulu Mat Taha bagi mengurangkan jurang silaturahim di antara Waris Pengulu Mat Taha di seluruh Tanah Ayer sama ada jauh atau pun dekat dan sama ada tua atau pun muda, sama ada miskin atau pun kaya, sama ada menpunyai pendidikan tinggi atau pun sebaliknya.
Inshaallah dengan niat yg murni ini, inshaalah matlamat kita akan tercapai dengan berkat kerjasama dan sokongan padu dpd. semua waris utk. kebaikan kita bersama di dunia dan di akhirat.
Kesimpulannya jika kita ingin menjalinkan hubungan silaturahim yang erat di kalangan saudara mara kita perkara saperti ini kena ambil perhatian berat utk. mengelakan perpecahan dan perselisihan faham dikalangan keluarga kita. Apabila ada saudara mara kita jatuh sakit kita kena tanya khabar dan jika boleh ziarahi dia dan jika ada kematian kalau boleh ziarahi warisnya serta ucapkan takziah kalau tidak dapat menziarahinya.
Satu lagi amalan baik yg. digalakkan ialah apabila ayah atau ibu kita meninggal dunia anak-anaknya yang ada kesempatan cuba menziarahai adik beradik serta waris-waris dia yang masih hidup. Sekali sekala kita adakan majlis tahlil arwah bagi mereka yang meninggal sebab hubungan silaturahim dalam Islam bukan setakat di dunia sahaja bahkan sampai ke Alam Barzakh dan Akhirat.
Wal Lah Hu Alam.
Artikel ini telah disediakan oleh;
Mohd Shariffuddin Mohd Isa ( Pak Yang )
http://www.facebook.com/groups/199134500117243?view=doc&id=212177018812991
No comments:
Post a Comment